05 January 2011

The Engagement



salam comel ! haha membajet.apadehal.;p
ehh lambat betul nak cerita pasal kisah kebahagian keluarga saya kan.pada tanggal 25 december 2010 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya kisah bahagian pertama perhubungan ateh@m.teh dengan bakal p.teh saya iaitu pertunangan mereka! eh saya pula yang teruja.pedulikan kanak-kanak memang begitu.pada mulanya emak dan abah tidak bercadang untuk pulang meraikan, kecuali anaknya yang seorang itu.penghalang ketika itu adalah berkitar sekitar soal kerja,masa dan wang ringgit.yelah abah seorang penjawat awam, tahun ni no bonus so no talk-talk lah kan.jadi salah siapa permasalahan itu.HAHA.main dalam.;p

oke, then wan saya yang agak uptodate dengan telefon bimbit(eh lama xdengar orang sebut telefon bimbit) sony ericsson with 5megapixels camera nya itu menelefon abah.memesan barangan kiriman.boleh dikira sebagai ugutan atau dilembutkan sikit sebagai alasan arahan supaya pulang meraikan.;p.sebagai seorang anak yang patuh mestilah itu satu tanggungjawab.hehe sangat dramatis pulak ayat di atas.tapi tape kita masih boleh teruskan lagi.

2hari sebelum majlis berlangsung sampailah kedah-an ni ke teratak nenda.wahh ingat sikit you tapi boleh tahan grand nya.siap berpelaminan dan tersedia khemah yang cantik berhias.tiba-tiba terasa di hati, saya nak jugak nanti, boleh? haha gedikness.LOL.alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan.dila doakan supaya ateh kuat menghadapi dugaan sepanjang bertunang ya !

persalinan

make-up.nice !

singgahsanasini ;D

the hantaran.cantik ~

feveret dila ! <3

ecehh suwet tau..

comel sgt.bole jual buat iklan ni ;D

expression muka masing-masing.HAHA



bulan6 nanti kemuncak perhubungan. Insyallah ;)



04 January 2011

Twenty-eleven people

hehe baru darjah 1


wahh mcm tak sedar kan dah masuk 2011.walaweyh gila r.means umur pun dah berganjak lagi satu angka.macam tak percaya tapi sila percaya.hehe dah start mengarut.tapi takpa saya tetap 20 tahun lagi.masih dengan sifat keanak-anakan yang menebal.emak sudah mula bersuara membantah apabila mendengar si puteri tunggalnya masih mengaku untuk berada lama di usia 20tahun.haha apatah lagi kawan-kawan saya mesti terasa ehh hello dalila umur kau dah 20++.ecehh nak jugak letak angka 20 di depan.peduli hape aku.janji hidup mau hapi-hapi gituw.

bila masuk tahun baru mula lah dengar pasal azam-azam untuk ditunaikan pada tahun tersebut.kat mana-mana saja.radio,rencana akhbar etc.saya rasa macam comel bila ada azam, tapi saya takde, takdee ye puan-puan dan tuan-tuan sebab dari kecik bila orang tanya "eh dalila azam tahun ni apa ya?".dengan tekunnya saya akan tersenyum*apa eh nk jawab dan berfikir hingga disaat memejam mata di malam hari.kenapa harus jari-jari menaip dengan nada suara yang agak matang hari ini padahal sebelum ini anda saja yang tahu..saya memang sangat matang.percayalah.watde.haha iklan..

hurm tapi harapan banyak lah kali ini sebab saya berharap untuk menyambung pelajaran dengan pilihan jurusan yang tersemat di hati setelah sekian lama.biarlah kesalahan lama tidak berulang lagi.pilih apa yang dipilih daripada pilih daripada apa yang orang lain pilih.tepuk dada lepas tu sakit sendiri.nice ! untuk tahun 20-11 ni jugak saya berharap diri akan dilimpahi cahaya keimanan dan ketaqwaan untuk lebih beriman dan bertaqwa.ecehh malu.nakal masih ada.saya hanya manusia biasa kadang-kadang lalai dengan perintah-Nya.satu hari saya akan berubah.Insyallah.doakan ;D

pakwe/boyfriend/balak ?! akan difikirkan..sabar ye kawan-kawan.hasrat segelintir teman yang ingin melihat kebahagiaan teman tersayang.haha geli-geli geletek ;p loser kan bila di umur 20++ anda still tak pernah bercinta apa lagi keluar berdating dalam bahasa pasar.slogan ciptaan bajet terhebat, "saya tak mencari kekasih apatah lagi berkasih, tetapi saya hanya mencari calon suami yang terbaik" haha dila demam ye malam ni harap maklum.kthankbye !



p/s lepas ni entry kembali normal.ini sempena tahun baru saja.boleh pulak kan ;p