24 April 2011

Sweet Seventeen ^_^


tadi sewaktu bersosial di facebook bersama teman mood seventeen dila datang kembali.wuhuu ! memang gila-gila munyaa r..zaman kegemilangan lah time tu cakap korang.al-kisahnya bermula dan bertempat di sekolah menengah kebangsaan DULANG.korang nk dulang apa ? kecik ?! besar ?! semua ada.jangan tak caya pantun pun main dulang oke..."mengata dulang paku serpih, mengata org dia yg lebih".ehh, betul kan pantun tu..tengok betapa besar gunanya dulang.

disebalik kenakalan sekutu bersama masa tu, kami yang comel-comel ni boleh kata semua single la.tak layan langsung cinta-cintun ni.bab tu kami memang BERSIH.ehehe maluww tau sampai sekarang i mementingkan kebersihan tu ! tengok tergedik pulak.mental kan.aaa,haa mesti ada yang kata kami ni kureng market ler tu.peliss oke kami memang bukan gedik monyet dan desperate nak menambah dosa.hahaha lepas gedik perasan pulak.tettt..

kalau nak diikutkan yang sebenar, start form4 dah tunjuk belang.time tu sekolang kami tak cukup class sebab ada satu class baru diperkenalkan untuk pelajar-pelajar comel form4 masa tu.4 Sains Kejuruteraan.aww kami lah yang terpilih tu ! comel kan.dari keputusan PMR yang membuahkan 2 buah handfone dan memenuhkan poketku untuk bersuka ria ketika itu, boleh dipilih antara pure dengan engeen.akhirnya, kami sepakat bersama memilih.ecehh..






panjang pulak kisah ni, yang atas ni semua baru entry belum cerita lagi.peduli ! ini cerita untuk cucuku nanti.hahaha agak-agak memang betul kau tekanan kan dila ! ok sambung, dan masa tu clas kitaorang campur dgn bdk pure.kami memang sardin wahai sekolang.pack jgn ckp.bila subject tak sama baru kami merempat ke tempat lain.hebat kan ! 40++ sekelas.memang kau tido ke usha senior lalu luar class pun cikgu tak nampak.sebab cikgu tak nampak tu la kami jadi macam ni.hehe bukan salah cikgu-cikgu sekalian tapi mungkin strategi campur clas tu sangat tak berjaya.tapi,tapi,, masa form5 lagi teruk jadinya walaupun kami dah berjaya mendapat clas sendiri.-___-"

next, mission started ! bagi list jer la apa yang selalu kitorang buat dulu-dulu..amaran untuk kanak-kanak, JANGAN TIRU AKSI INI !! rotan kang...haipp !

-bawak nasi kongsi sama-sama dlm class dan makan BAWAH MEJA !
-camwhore bagai nak rak.
-setiap hari tak sah kalau tak copy-write homework.
-tidur dengan nyenyak dlm class time cikgu ajar.
-saling tolong-menolong time exam dengan pelbagai cara untuk sama-sama berjaya (jujur,iye saya pernah letak buku bwh baju)>_<"
-lepak luar class nasihatkan junior cara berpakaian dgn betul secara melaser.kira senior berhati perut la..
-lekat gambar-gambar 'org femes sikit' kt dinding lps tu syok sendiri.
-ajak cikgu masuk library bajet nk study tp nk rileks.
-pernah bagi cikgu jauh hati bila "start esok saya kursus 3hari", kata cikgu. "yeayy !! melompat sambil bersorak cikgu takdak, yesssss !!", kata para pelajar.-lps tu semua bertaubat.ekeke !
-kena denda sama-sama berdiri kat luar class.lepas tu masing2 seronok.ada geng bole senyum-senyum,bisik-bisik.
-dalam beg mesti ada majalah,novel,handfone,mp3/mp4,CDs,kdg2 lappy.kalau ada spotcheck time tu mesti class kami memberikan hasil lumayan.

uishh rasa macam tak sanggup pulak nak cerita.banyak lagi kot.NAKAL gila kan ! haduii.kalau lah abah dengan mak ktorang tau masa tu, mesti dihadiahi tarbiyah selama 20hari 20malam.sekarang dah nyesal apasal dulu tak belajar betul-betul.sape yang rugi adik-adik ?! mesti laa budak yang nakal tu kan.yang penting sekarang, semua orang belajar dari kesilapan kan.pengalaman mematangkan.ececehhh dalilah saeqah tu memang dah baik ye sekarang ! HAHAHAHA lawak oke.apapun kawan dila memang terHEBAT, terCOOL,terBAIK ! byk lg ter sebenarnya malas dah nak menaip. lepleplep korang !!

p/s sekolang=sekolah dulang ;P

mission completed !!!


2 comments:

  1. zaman penuh ngan kenakalan..tp yg x bley blah nya...kita yg gurl ni yg wat hal..budak2 laki...skema tahap dewa..hahahah..padan r ne buli ngan kita,....huhuhuhuhuhuhuu...jom lepak atas tangga kat skolang..huhuhu..

    ReplyDelete
  2. haha itula pasai..kalau depa mcm kita lg best kan.ni apa kess diam jaa.heshh.kalau x mest lg happening mcm bdk2 laki form3 dulu.merugikan sedetik kenangan kita ! jum jum kita lepak ! ekeke

    ReplyDelete