29 January 2012

Genting Highlands !


Assalamualaikum..

oke, untuk cuti sem 1 dimulakan dengan percutian ke Genting Highlands. Sem-sem berikutnya tempat-tempat percutian pilihan masih dalam perbincangan. HAHA. Lets pictures tell their stories.

















:)







28 January 2012

Owh Hai !

Assalamualaikum..:)


Welcome 2012 ! ahah agak lambat lah kan.dah lama tinggal blog ni.rinduuu tapi malas.hehh.dan macam-macam dah berlaku sepanjang kehilangan si tuan punya blog ni..saya tengah belajar berjalan ! ;p

Tahun 2011 sebenarnya menjadi tahun yang mencatatkan pelbagai sejarah suka dan duka dalam kehidupan. Bermula dengan permohonan ke ipta ditolak apabila harapan yang diletakkan agak keterlaluan. Kemudian pertama kali bergelar pekerja dan juga pertama kalinya mendapat duit daripada hasil usaha sendiri. Permohonan UPU akhirnya diterima walaupun kos yang ditawarkan agak tergelincir dari landasan. Bergraduasi sebagai pelajar lepasan Diploma MMU pada Oktober. Berusaha dan berpenat lelah mencuba untuk menukar kos tapi tidak berjaya di UPSI. Subjek dibenci di zaman persekolahan akhirnya menjadi makanan harian dan tadaaa, sekarang dah suka alhamdulillah, walaupun tangan masih sekeras kayu.

Bersyukur sangat dengan segala nikmat yang diberi.. Walaupun keputusan diploma agak hambar tapi alhamdulillah rezeki ke ipta masih dapat dikecapi. Mungkin ini peluang untuk menebus kesilapan lalu. Setiap manusia perlukan perubahan..:) Dan masih berusaha ke arah itu. Semoga segalanya dipermudahkan..aminn..




p/s Gila dulu masih bersisa.hikhik ;p