19 May 2011

Happy Teacher's Day 2011 !

Tadika KEMAS, kg. Perigi, Yan Kedah.


Sekolah Kebangsaan Singkir, Bedong Kedah.


Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang, Yan Kedah.

Multimedia University, Ayer Keroh Melaka.


hoho sebenarnya dah tertinggal banyak benda sangat nak diupdated ke blog ni.busy! dah tu kat FB pun tak sempat nak wish Happy Teacher's day untuk semua cikgu-cikgu.maaff ! yang sempatnye kat abah dila je.bila difikirkan, tak kan pernah ada orang yang berjaya kat dunia ni tanpa seorang guru kan.walaupun ada yang akan cakap aku tak pernah pergi sekolah pun dari kecik.yelah mak abah kita pun cikgu jugak yang ajar kita asas sebuah kehidupan..

dari tadika masing-masing ada favourite cikgu kan?! tak kurang jugak, ada yang siap bermusuhan dengan cikgu-cikgu.itulah masam manisnya masa persekolahan seseorang.so dila adalah sikit pengalaman yang memang akan dila ingat sampai bila-bila.cerita zaman cute primary school gitu.disebabkan abah dila memang cikgu dila sendiri masa sekolah dulu, segala apa yang dila buat dalam class, result exam dapat apa semua dia tau dulu.hebat kan ! tak payah susah-susah nak bagitau.-___-"

dan juga disebabkan dila ni orang melayu sejati confirm-confirm la subject paling dibenci adalah english.bm aku pun teruk ada hati nak score english.haha.apa kebenda la nak belajar vocab,grammer bagai kan.teacher dila masa darjah 6, teacher Ee Yew Mei.yeke nama dia spelling macam tu..dah lupa.aduii.kitaorang panggil dia teacher Ee.memang seriusly dila anti dia dulu, semua benda dila buat salah. setiap kali class mesti dila kena jawab kat depan.kau bayangkan kau tak minat lepas tu kena paksa jugak.dan paling tragic sekali bila dila dengar abah bagitau mak, teacher Ee cakap dila tak kan dapat score english kecuali C.

yess i very hate her on that time ! she make me down..tapi dila nak buktikan walaupun dila tahu memang bukan A atleast i get B ! then i got it !! Alhamdulillah thankyou Allah.and also million thanks to her.ehh apasal speaking ni.HAHA..dan akhirnya PMR dila dapat jugak A untuk english.ini bukan untuk membangga diri tapi inilah magik sentuhan seorang guru yang sangat bermakna dalam hidup dila..dan sekarang dialah cikgu paling dila akan ingat...cikgu yang lain pun ingat jugak..hehe.walau apa pun, guru terbaik sepanjang hidup dila mestilah mak dan abah.terima kasih untuk semua ! mulianya tanggungjawab kalian.. terbentuknya sebuah modal insan bermula dari didikan dan asuhan yang sempurna..:)


terima kasih cikgu ! ;D


07 May 2011

I love You Mum ! Happy Mother's Day...


comel kan mak saya.like mother like daughter ! ;p


hoho bertemu kita sekali lagi bersama Dalyla Saeqah.tehee.owhh cepatnya masa berlalu.hari tu baru tengok fireworks bergemerlapan menghiasi dinding angkasa sempena sambutan menjemput ketibaan tahun baru.cewaah ayat sungguh puitis.dan baru jugak rasanya call mak cakap, "mak,, Happy Mother's Day ! I lebiuww much much more !!! ".lepas tu merengek nak balik kedah rindu sangat nak makan mak masak, nak pegi jalan-jalan sama-sama.ehh mother's day mak pulak kena susah-susah kan.memang sangat tak matang.haiyooo..lepas habis cakap-cakap manja terus membuat terjunan ke atas katil then ambik bantal peluk-peluk macam nak tidur lepas tu nangis.aah dila baru 19 tahun oke..;p

tahun ni pun kita cakap dalam fone jugak kan.hukhuk sedihnya..tapi kali ni taknak nangis dah sebab satu-satunya baby girl mak ni dah besar.buat apa nak sedih-sedih patutnya happy 24hours tak gitu.hehe.bila MACAM dah besar ni selalu sembang-sembang berdua.keluar lah cerita dulu-dulu, dalam 4 orang adik-beradik ni dila lah yang paling slow sekali, dalam erti kata lain sangat pasif dan agak lembab since baby.paling lambat berjalan,paling lambat bercakap..pernah jiran tanya mak, anak kau bisu ke ? apa perasaan kalau orang tanya anak kita macam tu kan.ehh panas pulak hati ni.tapi mak dila cool dan sentiasa akan tetap latih dila walaupun macam tu sebab dia tahu anak dia seorang normal.mak, abah i love both of u sangat.ok dah nangis sekarang.

mak bagitau lagi, dulu kalau letak dekat situ memang akan duduk diam je kat situ.takda nak merayap sini sana.owhh baiknya DALILA tu kan.ekeke ! lepas tu kalau berjalan pun boleh jatuh sorang-sorang.owhh itu sangat annoying pulak.-___-".tapi mak,abah,abang,adik tetap akan ada walaupun dila sangat lemah.tak pernah nak kutuk-kutuk dila.tapi orang suka je kutuk dila kan..kau ape tahu pasal aku.HAHA perempuan memang sangat emosi..dan sekarang juga sifat lemah lembab tu sentiasa ada kalau melibatkan perkara fizikal.haa mental ke akal fikiran ke, tu cerita lain..since kanak-kanak jugak dila lah yang sentiasa memerlukan penjagaan rapi dari segi kesihatan.boleh kata setiap bulan tak sihat..macam tak percaya pulak bila fikir-fikir balik.tapi mak sentiasa ada dengan dila kan..ini lagi sedih.tskk tskk.

tadi kata nak happy tapi tetap jugak sedih kan.apa-apa pun, dila tetap sayang mak sampai bila-bila.kalau sayang sampai mati ja taknak sebab lepas dah mati tak sayang dah.dila ada mak sorang jaa..LOVE U so much ! Happy Mother's Day !!

I'm everything I am,
Because you loved me..


& to all mum in the world, Happy Mother's Day !!!!!!



05 May 2011

The Fairytale Story !



sibuk,sibuk,sibuk,sibuk,sibuk ! haha bajet konon berjawatan CEO.entah la apa yang disibukkan.oke sekarang nak jugak cerita pasal the wedding of the year/decade, Prince William & Kate Middleton.dah berminggu-minggu lebih tapi tape.bukan senang nak tengok royal wedding live satu dunia, ye dak.masa Princess Diana & Prince Charles punya wedding dulu dila tade lagi.terserlah ke'muda'an dila kan.;p tapi orang cakap dorang punya wedding still tak boleh menandingi wedding parents dorang.hebat jugak zaman dulu yee sentiasa dikenang sampai sekarang.

tapi seriusly putera pujaan dunia ni memang low profile, walaupun ramai kot puteri-puteri seluruh dunia beliau tetap memilih orang biasa sebagai teman hidup.macam prince Harry jugak, ingat single lagi rupanya dah ada Chelsy Davy.punah segala harapan jelitawan dunia.ecehh..lepas tu mula lah semua orang bermimpi konon nak kawin dengan anak raja jugak.tapi dila taknak sebab dila kurang berminat untuk bermimpi pasal fairytale story.tapi kalau tgk movie dila suka ! bukan apa, saya hanyalah orang biasa. tak sesuai oke !

tengok2, simple je kan CD ni.haishh jeles2 !

yang paling manarik perhatian setiap kali majlis mestilah bride's dress .huhu itu sangat dila suka sebab simple,plain,penuh dengan pesona dan macam-macam lagi..susah nak digambarkan dengan kata-kata.cewahh.maybe setiap orang ada pandangan sendiri.sebab seriusly it look too simple.but i LOVE it, sangat !






cantik kan ! nanti nak macam ni jugak ! HAHA ;p