29 January 2011

Kadang-kadang


kadang-kadang bila dah bosan otak selalulah fikir macam-macam.kadang-kadang terfikir bila pergi mall bercuci mata hati tertanya-tanya kenapa lah ada fesyen yang pelik, sapalah yang nak beli agaknya kan.skema sungguh ayat saya.hah peduli, jangan persoal itu semua.HAHA.kalau pergi restoran pulak bila tengok listing order waah banyak gila.sapa pulak yang nak makan benda pelik-pelik ni.


pilih-pilih mana kau nak ;p


even kita tengok apa-apa jaa mesti kita ada pilihan sendiri.sebab itulah dunia ni ada kepelbagaian.kalau semua sama mestilah hidup bosan dan kurang bermakna.bayangkan hari-hari makan nasi lauk ikan tak ke muak tu.baju pulak asyik baju kurung .cepat bayangkan.haha



saja buat entry ni sebab bosan melampau.
&
......like i dont have any friends now.and please dont be sorry for me -_____-"



18 January 2011

Finally !


cant wait for a very meaningful gift at this comel age ! teheee <3

coming soon =D



15 January 2011

The Old Dreaming


Helo-helo salam comel semua !
beruntung kan orang yang dah lahir-lahir gigi dah tersusun kemas dan rapi.bukan apa susah tau sejak gigi susu dah bertukar ke gigi kekal, pertumbuhan gigi saya sangat lah tak stabil dan bukan di atas landasan yang betul.since kecik comel lagi dentist dah selalu jadi kawan baik saya.bosan kan.dah la bagi kanak-kanak dentist sangatlah horror bagai mimpi seram di malam hari.trauma oke..

sejarah family tak pernah ada.mungkin ibuk saya amalkan pengambilan kalsium yang lebih dulu-dulu.;p.saya dan adik yang terpilih mungkin.jadi kerana beberapa sebab saya perlu betulkan gigi-gigi saya ni.bila nak makan, bila nak berkamera riang, bila nak tersenyum manja dan banyak lagi mulalah hati berkata behave dalila please be behave.jadi saya perlu..

bila dah berusia belasan mulalah hati berkata, kau perlu mula berubah.hati jahat pula berkata, nanti tak da sapa nak kau, baru tau.hehe jahatnya kau hati.then start dari situ semangat berkobar menuju ke klinik gigi kerajaan untuk mendaftar.mahal kot nak berswasta untuk 2 orang pesakit.masa tu umur dah menginjak ke angka 17.memang dah agak terlambat pun.dan goverment klinic sangat lah lama untuk senarai waiting list dorang.saya pasrah lagi..

masa pulang ke kedah untuk berpraktikal 7bulan yang lalu, oke dorang dah call untuk next appoinment.harapan kembali berapi.sejak tu rawatan berterusan diterima.tapi sangat lah lama.bosan.sekarang pun after 7months tak nampak sebarang perubahan lagi.cuci dah,x-ray dah,acuan dah.pasangnya bila ? persoalan betul.tapi tak mengapa mimpi ni mungkin berakhir tak lama lagi.Insyallah ;)

the behave one


p/s dari kecik lagi kalau rasa gigi tu kurang kemas silalah menabung ye.nescaya mimpi anda tak kan lama.pegi swasta esok dah boleh pakai.bahagianya..kthankbye !



12 January 2011

Si manis Pemalu ? manis ker..


Ingat lagi masa mula-mula buat blog dulu, saya malu tau kalau orang baca blog saya.siap tak nak bagitau siapa-siapa pun pasal ni.hehe biasalah dilahirkan dengan sifat pemalu yang sangat menebal.tengok sekarang pun saya dah malu.-_-" tujuan utama berblog ni konon macam nak ada diari online lah katakan.kata belajar bidang ni tapi tak tahu apa-apa langsung.malu kot.tengok malu lagi.come on dila.

Penulisan saya juga sangatlah teruk seperti kanak-kanak.di akui dalam berpuluh subjek sepanjang zaman persekolahan hanya bahasa melayu PENULISAN tidak pernah dapat A.hebat kan.loser bila bahasa percakapan seharian sendiri pun menggunakan bahasa melayu tapi tidak boleh diaplikasikan apabila menjawab peperiksaan.dan satu perkara lagi yang paling menyayat hati apabila abah saya seorang pendidik majoring in bahasa malaysia or melayu?entah.hehe maaf abah !



Sejarah awal berblogging...ecehh~
Semua ni start time kat mmu dulu sebab selalu baca blog bestie saya cik safia.suka ! dari situ mula timbul niat nak berblog jugak.konon macam nanti umur dah senja boleh review balik lepas tu boleh rasa muda lagi.ishh niat kau.kalau diari biasa boleh hilang lepas tu bila dah rosak ke buruk ke dah tak da selera nak tengok kan.1 march 2009 sebenarnya dah start wujudnya vanillacwet.blogspot ni tapi masa tu macam sibuk sangatlah dan tak sempat nak update selalu.bila dah bertambah tugasan seperti FYP semua lagilah blog ni terabai.

Kebangkitan semangat nak berblog semula ni timbul lepas selalu blog walking blog-blog blogger yang sangat best.ditambah pula dengan kawan baik yang seorang ni, t-j baru mula nak berblog konon macam spirit tu datang sekali lah.lagi pula saya adalah seorang jobless jadi tidak salah untuk membuang masa merepek di sini kan pimples, people maaf.


pergi ke kedai menaiki beca,
untuk membeli manisnya kaya,
kalau suka sila baca,
ini blog saya ! ^_^



10 January 2011

Hari Jadi Abah Saya !


Saya ada seorang abah.abah saya seorang sahaja.saya sangat sayangkan abah saya.abah saya sangat baik.hari-hari dia bagi duit.haha ni mengarut ! abah saya sangat kacak.abah juga tinggi lampai.abah suka main bowling.hari-hari kami main bowling.tipu ;p abah juga suka bola sepak.sejak kecil saya ikut abah saya main bola sepak.nasib baik saya tidak kena sepak.kekeke

8 januari 2011 genap umur abah yang ke 52 tahun.muda lagi tau ! hehe tokwan muda gitew..We love u so much abah ! you are everything.. semoga abah terus diberkati,diredhai,dimurahkan rezeki,memperoleh kesihatan yang baik,di panjangkan umur dan segala jenis kebaikan dalila doakan untuk abah.semoga keluarga kita sentiasa bahagia hendak-Nya.aminn.. <3




09 January 2011

Aku Rindu

Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu...

..8/3/1990-23/1/2010...

"Assalamualaikum cikgu ! " masih terngiang di gegendang telinga kata-kata penyambut kedatangan guru setiap kali sesi pembelajaran baru hendak bermula.ketika itu aku masih di tingkatan tiga, penuntut di sebuah sekolah di tempat aku membesar.ya, aku rindu kenangan itu.aku bukanlah seorang anak gadis yang tergolong dalam golongan cerdik pandai, tetapi pada aku, apa yang kita usahakan pasti akan ada hasilnya.kata-kata itu aku pegang sebagai panduan hidup.

Kelas 3.1 itu aku masuki dengan hati yang gembira dan sedikit gementar apabila memikirkan bagaimana reaksi penerimaan dan pandangan teman-teman sekelasku yang baru.walaupun 3 tahun belajar di sekolah yang sama dan hanya dipisahkan oleh dinding sebagai sempadan antara kelas, aku masih tidak mengenali sesiapa pun antara mereka.aku tahu aku pendiam, sombong dan agak "skema" ketika itu.

Lantas aku bersyukur dengan penerimaan mereka.jiran sebelahku ketika itu beragama Buddha.she is very nice and adorable person.dia juga merupakan teman berlainan bangsa dan agama yang pertama aku yang mula mengenali.the first sight meant everything.aku mula merasai suka duka kehidupan zaman remaja.perkenalan dengan sekumpulan teman juga membuatkan aku mula menjadi diri sendiri.all of you are priceless.di situ juga lah aku mula mengenali Beliau.seorang teman,sahabat,kawan,abang,kembar dan segalanya bagi aku.kami sebenarnya berkongsi tarikh lahir yang sama.dan aku juga tahu beliau mempunyai masalah dengan jantungnya.

Coretan ini tentu akan menerbitkan titisan jernih di kelopak mata teman-teman tersayang.tetapi ingatlah wahai teman, aku pasti ini adalah kenangan manis bagi kita semua.aku masih ingat, kita semua sebenarnya sudah mula berpisah apabila beliau dan beberapa orang teman mengambil keputusan untuk menyambung persekolahan tingkatan empat di sekolah menengah aliran teknik dan vokasional.ketika itu kesunyian sudah mulai menjelma.terasa seperti bermesyuarat tanpa ahli jawatankuasa utama.

Alam maya menjadi penghubung antara kami semua setelah itu.aku gembira kami masih berhubung walaupun jarak yang memisah.persahabatan kami semua terus utuh tanpa ada sebarang masalah.ketika musim cuti sekolah menjelma kami sering kali berkumpul untuk melepaskan rindu.antara acara wajib yang dilakukan adalah memasak bersama-sama.kenangan itu sangat manis.ketika menyambut ulangtahun ke-17 pada 2007, beliau juga telah sepakat untuk mengadakan kejutan sambutan kelahiranku bersama teman yang lain walaupun namanya juga tertera di atas kek keraian.

Aku sangat bersyukur dianugerahi teman-teman sebegitu ya Allah.pemudahkanlah kehidupan mereka di mana saja berada.aminn...aku juga pernah dihadiahkan sehelai baju oleh beliau sebagai hadiah menyambut hari kelahiran.hadiah yang paling bermakna dan tidak akan dilupakan seumur hidup.hari berganti hari, tahun bertukar tahun kini sekali lagi kami semua mula terpisah apabila zaman persekolah mula menutup tirai dengan pelbagai pilihan institusi pembelajaran yang disediakan untuk mengejar cita masing-masing.ada yang mengambil keputusan memilih untuk menyambung pelajaran ke tingkatan enam, ke politeknik dan ke universiti tempatan.

Hakikat yang makin pahit untuk ditelan telah mula menjelma apabila aku mengetahui penyakit beliau semakin aktif berpeleseran di serata tubuh.aku juga telah berjanji untuk menemani beliau apabila beliau menjalani pembedahan kelak di sebuah hospital di Selangor pada Februari 2010.perjumpaan pertama kami semua setelah perkabaran di terima adalah di Hospital Besar Sultanah Bahiyah, Alor Setar.jelas tergambar di wajahnya derita yang tertanggung.rupa yang aku kenali selama ini sebenarnya telah hilang.masing-masing aku yakini merasai perasan yang sama.seminggu selepas itu beliau disahkan lebih sihat dan dibenarkan pulang ke rumah.aku lega.

Disangka panas hingga ke petang rupanya hujan tetap muncul tidak lama selepas itu perkabaran diterima, beliau telah dimasukkan semula ke hospital, Hospital Yan.ya, itulah tempat terakhir aku berjumpa dengan beliau.desakan waktu akibat aku harus pulang ke melaka memisahkan kami.itulah juga kali terakhir aku bercakap,tertawa,menolong beliau dengan membasahkan tuala untuk mengelap tubuh badannya bagi memastikan kulitnya tidak kering.petang itu juga aku mengatakan kepadanya, "tunggu tau nanti kita jumpa kat Selangor kejap ja lagi tahan jangan sakit", beliau tidak membalas.lambaian kami disaksikan seluruh warga hospital.mungkin itu adalah petunjuk.tetapi aku masih hanyut dengan harapan dan tidak memikirkan hal yang sebegitu.dan akhirnya hakikat itu menjelma.aku pasrah....


Doa mengiringi pemergianmu teman.semoga kau bahagia di sana.amin..Al-Fatihah ~



07 January 2011

Dila berholiday !


Resume

nama : Dalila Halim
umur : 20 tahun oke !
alamat : Yan, Kedah
pekerjaan sekarang : tukang masak,tukang cuci dan tukang kemas @ bibik glemer -__-"
pendapatan sekarang: cukuplah beli baju 2helai sebulan
hobi : tidur, makan, shopping
cita-cita : isteri solehah yaww..

ini resume ke biodata ?! rosak kan klu resume macam tu awal-awal lagi dah kena reject.ahaha.perhatian kepada semua jika perlukan pekerja yang sangat berkebolehan dan berdedikasi di bahagian IT boleh menghubungi saya.saya sedia berkhidmat.ecehh.bajet.menarik kan pekerjaan saya sekarang.bukan senang tau family nak lepas keluar cari kerja ni.kata anak manja.oke perasan lagi.

berhubung dengan perkara di atas, tu lagi satu hal ingat senang nak mintak izin pergi stay dengan kawan selama seminggu.pelbagai teknik digunakan.alhamdulillah akhirnya dengan tekad dan azam saya berjaya menempuhnya.haha..emak dan abah bukanlah seperti ibubapa moden lain.mereka sangat menitikkan soal keselamatan anak-anak.ya,saya bahagia begitu.terima kasih teramat.love both of you !

selepas selesai majlis pertunangan ateh di pahang, cyber dituju bersama m.ngah.owhh terasa sangat teruja oke dapat bertemu bestie tersayang selepas lama terpisah.ecehh sedih betul.haha.dorang dah continue degree tinggal dila je yang still bulanbintang tak habes lagi.bila bertemu apa lagi ronggeng sakan lah macam dekat melaka dulu.opss dulu ronggeng kah ? tapi sian dorang waktu dila berholiday tu dorang plak berexam.maaf ganggu ! -_-'.malam new year ke KL follow cekgu ke dinner opis dia.gila sempoi takdak kena mengena langsung kan.ehe makan free tape ! then dapat tengok bunga api nice view oke through umah cekgu di tingkat10.sangat lah di awangan.



masa muda dulo2 selalu pic camni ;D


hot kan sygs saya sekarang <3


dinner free ! dinner free ! ;p


bowling with emy n cekgu syg !


GF i ;p


thanks sayang-sayang dila, lain kali jumpa lagi !



p/s sila datang ke KEDAH pulak yer ^_^




05 January 2011

The Engagement



salam comel ! haha membajet.apadehal.;p
ehh lambat betul nak cerita pasal kisah kebahagian keluarga saya kan.pada tanggal 25 december 2010 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya kisah bahagian pertama perhubungan ateh@m.teh dengan bakal p.teh saya iaitu pertunangan mereka! eh saya pula yang teruja.pedulikan kanak-kanak memang begitu.pada mulanya emak dan abah tidak bercadang untuk pulang meraikan, kecuali anaknya yang seorang itu.penghalang ketika itu adalah berkitar sekitar soal kerja,masa dan wang ringgit.yelah abah seorang penjawat awam, tahun ni no bonus so no talk-talk lah kan.jadi salah siapa permasalahan itu.HAHA.main dalam.;p

oke, then wan saya yang agak uptodate dengan telefon bimbit(eh lama xdengar orang sebut telefon bimbit) sony ericsson with 5megapixels camera nya itu menelefon abah.memesan barangan kiriman.boleh dikira sebagai ugutan atau dilembutkan sikit sebagai alasan arahan supaya pulang meraikan.;p.sebagai seorang anak yang patuh mestilah itu satu tanggungjawab.hehe sangat dramatis pulak ayat di atas.tapi tape kita masih boleh teruskan lagi.

2hari sebelum majlis berlangsung sampailah kedah-an ni ke teratak nenda.wahh ingat sikit you tapi boleh tahan grand nya.siap berpelaminan dan tersedia khemah yang cantik berhias.tiba-tiba terasa di hati, saya nak jugak nanti, boleh? haha gedikness.LOL.alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan.dila doakan supaya ateh kuat menghadapi dugaan sepanjang bertunang ya !

persalinan

make-up.nice !

singgahsanasini ;D

the hantaran.cantik ~

feveret dila ! <3

ecehh suwet tau..

comel sgt.bole jual buat iklan ni ;D

expression muka masing-masing.HAHA



bulan6 nanti kemuncak perhubungan. Insyallah ;)



04 January 2011

Twenty-eleven people

hehe baru darjah 1


wahh mcm tak sedar kan dah masuk 2011.walaweyh gila r.means umur pun dah berganjak lagi satu angka.macam tak percaya tapi sila percaya.hehe dah start mengarut.tapi takpa saya tetap 20 tahun lagi.masih dengan sifat keanak-anakan yang menebal.emak sudah mula bersuara membantah apabila mendengar si puteri tunggalnya masih mengaku untuk berada lama di usia 20tahun.haha apatah lagi kawan-kawan saya mesti terasa ehh hello dalila umur kau dah 20++.ecehh nak jugak letak angka 20 di depan.peduli hape aku.janji hidup mau hapi-hapi gituw.

bila masuk tahun baru mula lah dengar pasal azam-azam untuk ditunaikan pada tahun tersebut.kat mana-mana saja.radio,rencana akhbar etc.saya rasa macam comel bila ada azam, tapi saya takde, takdee ye puan-puan dan tuan-tuan sebab dari kecik bila orang tanya "eh dalila azam tahun ni apa ya?".dengan tekunnya saya akan tersenyum*apa eh nk jawab dan berfikir hingga disaat memejam mata di malam hari.kenapa harus jari-jari menaip dengan nada suara yang agak matang hari ini padahal sebelum ini anda saja yang tahu..saya memang sangat matang.percayalah.watde.haha iklan..

hurm tapi harapan banyak lah kali ini sebab saya berharap untuk menyambung pelajaran dengan pilihan jurusan yang tersemat di hati setelah sekian lama.biarlah kesalahan lama tidak berulang lagi.pilih apa yang dipilih daripada pilih daripada apa yang orang lain pilih.tepuk dada lepas tu sakit sendiri.nice ! untuk tahun 20-11 ni jugak saya berharap diri akan dilimpahi cahaya keimanan dan ketaqwaan untuk lebih beriman dan bertaqwa.ecehh malu.nakal masih ada.saya hanya manusia biasa kadang-kadang lalai dengan perintah-Nya.satu hari saya akan berubah.Insyallah.doakan ;D

pakwe/boyfriend/balak ?! akan difikirkan..sabar ye kawan-kawan.hasrat segelintir teman yang ingin melihat kebahagiaan teman tersayang.haha geli-geli geletek ;p loser kan bila di umur 20++ anda still tak pernah bercinta apa lagi keluar berdating dalam bahasa pasar.slogan ciptaan bajet terhebat, "saya tak mencari kekasih apatah lagi berkasih, tetapi saya hanya mencari calon suami yang terbaik" haha dila demam ye malam ni harap maklum.kthankbye !



p/s lepas ni entry kembali normal.ini sempena tahun baru saja.boleh pulak kan ;p