19 May 2011

Happy Teacher's Day 2011 !

Tadika KEMAS, kg. Perigi, Yan Kedah.


Sekolah Kebangsaan Singkir, Bedong Kedah.


Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang, Yan Kedah.

Multimedia University, Ayer Keroh Melaka.


hoho sebenarnya dah tertinggal banyak benda sangat nak diupdated ke blog ni.busy! dah tu kat FB pun tak sempat nak wish Happy Teacher's day untuk semua cikgu-cikgu.maaff ! yang sempatnye kat abah dila je.bila difikirkan, tak kan pernah ada orang yang berjaya kat dunia ni tanpa seorang guru kan.walaupun ada yang akan cakap aku tak pernah pergi sekolah pun dari kecik.yelah mak abah kita pun cikgu jugak yang ajar kita asas sebuah kehidupan..

dari tadika masing-masing ada favourite cikgu kan?! tak kurang jugak, ada yang siap bermusuhan dengan cikgu-cikgu.itulah masam manisnya masa persekolahan seseorang.so dila adalah sikit pengalaman yang memang akan dila ingat sampai bila-bila.cerita zaman cute primary school gitu.disebabkan abah dila memang cikgu dila sendiri masa sekolah dulu, segala apa yang dila buat dalam class, result exam dapat apa semua dia tau dulu.hebat kan ! tak payah susah-susah nak bagitau.-___-"

dan juga disebabkan dila ni orang melayu sejati confirm-confirm la subject paling dibenci adalah english.bm aku pun teruk ada hati nak score english.haha.apa kebenda la nak belajar vocab,grammer bagai kan.teacher dila masa darjah 6, teacher Ee Yew Mei.yeke nama dia spelling macam tu..dah lupa.aduii.kitaorang panggil dia teacher Ee.memang seriusly dila anti dia dulu, semua benda dila buat salah. setiap kali class mesti dila kena jawab kat depan.kau bayangkan kau tak minat lepas tu kena paksa jugak.dan paling tragic sekali bila dila dengar abah bagitau mak, teacher Ee cakap dila tak kan dapat score english kecuali C.

yess i very hate her on that time ! she make me down..tapi dila nak buktikan walaupun dila tahu memang bukan A atleast i get B ! then i got it !! Alhamdulillah thankyou Allah.and also million thanks to her.ehh apasal speaking ni.HAHA..dan akhirnya PMR dila dapat jugak A untuk english.ini bukan untuk membangga diri tapi inilah magik sentuhan seorang guru yang sangat bermakna dalam hidup dila..dan sekarang dialah cikgu paling dila akan ingat...cikgu yang lain pun ingat jugak..hehe.walau apa pun, guru terbaik sepanjang hidup dila mestilah mak dan abah.terima kasih untuk semua ! mulianya tanggungjawab kalian.. terbentuknya sebuah modal insan bermula dari didikan dan asuhan yang sempurna..:)


terima kasih cikgu ! ;D


07 May 2011

I love You Mum ! Happy Mother's Day...


comel kan mak saya.like mother like daughter ! ;p


hoho bertemu kita sekali lagi bersama Dalyla Saeqah.tehee.owhh cepatnya masa berlalu.hari tu baru tengok fireworks bergemerlapan menghiasi dinding angkasa sempena sambutan menjemput ketibaan tahun baru.cewaah ayat sungguh puitis.dan baru jugak rasanya call mak cakap, "mak,, Happy Mother's Day ! I lebiuww much much more !!! ".lepas tu merengek nak balik kedah rindu sangat nak makan mak masak, nak pegi jalan-jalan sama-sama.ehh mother's day mak pulak kena susah-susah kan.memang sangat tak matang.haiyooo..lepas habis cakap-cakap manja terus membuat terjunan ke atas katil then ambik bantal peluk-peluk macam nak tidur lepas tu nangis.aah dila baru 19 tahun oke..;p

tahun ni pun kita cakap dalam fone jugak kan.hukhuk sedihnya..tapi kali ni taknak nangis dah sebab satu-satunya baby girl mak ni dah besar.buat apa nak sedih-sedih patutnya happy 24hours tak gitu.hehe.bila MACAM dah besar ni selalu sembang-sembang berdua.keluar lah cerita dulu-dulu, dalam 4 orang adik-beradik ni dila lah yang paling slow sekali, dalam erti kata lain sangat pasif dan agak lembab since baby.paling lambat berjalan,paling lambat bercakap..pernah jiran tanya mak, anak kau bisu ke ? apa perasaan kalau orang tanya anak kita macam tu kan.ehh panas pulak hati ni.tapi mak dila cool dan sentiasa akan tetap latih dila walaupun macam tu sebab dia tahu anak dia seorang normal.mak, abah i love both of u sangat.ok dah nangis sekarang.

mak bagitau lagi, dulu kalau letak dekat situ memang akan duduk diam je kat situ.takda nak merayap sini sana.owhh baiknya DALILA tu kan.ekeke ! lepas tu kalau berjalan pun boleh jatuh sorang-sorang.owhh itu sangat annoying pulak.-___-".tapi mak,abah,abang,adik tetap akan ada walaupun dila sangat lemah.tak pernah nak kutuk-kutuk dila.tapi orang suka je kutuk dila kan..kau ape tahu pasal aku.HAHA perempuan memang sangat emosi..dan sekarang juga sifat lemah lembab tu sentiasa ada kalau melibatkan perkara fizikal.haa mental ke akal fikiran ke, tu cerita lain..since kanak-kanak jugak dila lah yang sentiasa memerlukan penjagaan rapi dari segi kesihatan.boleh kata setiap bulan tak sihat..macam tak percaya pulak bila fikir-fikir balik.tapi mak sentiasa ada dengan dila kan..ini lagi sedih.tskk tskk.

tadi kata nak happy tapi tetap jugak sedih kan.apa-apa pun, dila tetap sayang mak sampai bila-bila.kalau sayang sampai mati ja taknak sebab lepas dah mati tak sayang dah.dila ada mak sorang jaa..LOVE U so much ! Happy Mother's Day !!

I'm everything I am,
Because you loved me..


& to all mum in the world, Happy Mother's Day !!!!!!



05 May 2011

The Fairytale Story !



sibuk,sibuk,sibuk,sibuk,sibuk ! haha bajet konon berjawatan CEO.entah la apa yang disibukkan.oke sekarang nak jugak cerita pasal the wedding of the year/decade, Prince William & Kate Middleton.dah berminggu-minggu lebih tapi tape.bukan senang nak tengok royal wedding live satu dunia, ye dak.masa Princess Diana & Prince Charles punya wedding dulu dila tade lagi.terserlah ke'muda'an dila kan.;p tapi orang cakap dorang punya wedding still tak boleh menandingi wedding parents dorang.hebat jugak zaman dulu yee sentiasa dikenang sampai sekarang.

tapi seriusly putera pujaan dunia ni memang low profile, walaupun ramai kot puteri-puteri seluruh dunia beliau tetap memilih orang biasa sebagai teman hidup.macam prince Harry jugak, ingat single lagi rupanya dah ada Chelsy Davy.punah segala harapan jelitawan dunia.ecehh..lepas tu mula lah semua orang bermimpi konon nak kawin dengan anak raja jugak.tapi dila taknak sebab dila kurang berminat untuk bermimpi pasal fairytale story.tapi kalau tgk movie dila suka ! bukan apa, saya hanyalah orang biasa. tak sesuai oke !

tengok2, simple je kan CD ni.haishh jeles2 !

yang paling manarik perhatian setiap kali majlis mestilah bride's dress .huhu itu sangat dila suka sebab simple,plain,penuh dengan pesona dan macam-macam lagi..susah nak digambarkan dengan kata-kata.cewahh.maybe setiap orang ada pandangan sendiri.sebab seriusly it look too simple.but i LOVE it, sangat !






cantik kan ! nanti nak macam ni jugak ! HAHA ;p



24 April 2011

Sweet Seventeen ^_^


tadi sewaktu bersosial di facebook bersama teman mood seventeen dila datang kembali.wuhuu ! memang gila-gila munyaa r..zaman kegemilangan lah time tu cakap korang.al-kisahnya bermula dan bertempat di sekolah menengah kebangsaan DULANG.korang nk dulang apa ? kecik ?! besar ?! semua ada.jangan tak caya pantun pun main dulang oke..."mengata dulang paku serpih, mengata org dia yg lebih".ehh, betul kan pantun tu..tengok betapa besar gunanya dulang.

disebalik kenakalan sekutu bersama masa tu, kami yang comel-comel ni boleh kata semua single la.tak layan langsung cinta-cintun ni.bab tu kami memang BERSIH.ehehe maluww tau sampai sekarang i mementingkan kebersihan tu ! tengok tergedik pulak.mental kan.aaa,haa mesti ada yang kata kami ni kureng market ler tu.peliss oke kami memang bukan gedik monyet dan desperate nak menambah dosa.hahaha lepas gedik perasan pulak.tettt..

kalau nak diikutkan yang sebenar, start form4 dah tunjuk belang.time tu sekolang kami tak cukup class sebab ada satu class baru diperkenalkan untuk pelajar-pelajar comel form4 masa tu.4 Sains Kejuruteraan.aww kami lah yang terpilih tu ! comel kan.dari keputusan PMR yang membuahkan 2 buah handfone dan memenuhkan poketku untuk bersuka ria ketika itu, boleh dipilih antara pure dengan engeen.akhirnya, kami sepakat bersama memilih.ecehh..






panjang pulak kisah ni, yang atas ni semua baru entry belum cerita lagi.peduli ! ini cerita untuk cucuku nanti.hahaha agak-agak memang betul kau tekanan kan dila ! ok sambung, dan masa tu clas kitaorang campur dgn bdk pure.kami memang sardin wahai sekolang.pack jgn ckp.bila subject tak sama baru kami merempat ke tempat lain.hebat kan ! 40++ sekelas.memang kau tido ke usha senior lalu luar class pun cikgu tak nampak.sebab cikgu tak nampak tu la kami jadi macam ni.hehe bukan salah cikgu-cikgu sekalian tapi mungkin strategi campur clas tu sangat tak berjaya.tapi,tapi,, masa form5 lagi teruk jadinya walaupun kami dah berjaya mendapat clas sendiri.-___-"

next, mission started ! bagi list jer la apa yang selalu kitorang buat dulu-dulu..amaran untuk kanak-kanak, JANGAN TIRU AKSI INI !! rotan kang...haipp !

-bawak nasi kongsi sama-sama dlm class dan makan BAWAH MEJA !
-camwhore bagai nak rak.
-setiap hari tak sah kalau tak copy-write homework.
-tidur dengan nyenyak dlm class time cikgu ajar.
-saling tolong-menolong time exam dengan pelbagai cara untuk sama-sama berjaya (jujur,iye saya pernah letak buku bwh baju)>_<"
-lepak luar class nasihatkan junior cara berpakaian dgn betul secara melaser.kira senior berhati perut la..
-lekat gambar-gambar 'org femes sikit' kt dinding lps tu syok sendiri.
-ajak cikgu masuk library bajet nk study tp nk rileks.
-pernah bagi cikgu jauh hati bila "start esok saya kursus 3hari", kata cikgu. "yeayy !! melompat sambil bersorak cikgu takdak, yesssss !!", kata para pelajar.-lps tu semua bertaubat.ekeke !
-kena denda sama-sama berdiri kat luar class.lepas tu masing2 seronok.ada geng bole senyum-senyum,bisik-bisik.
-dalam beg mesti ada majalah,novel,handfone,mp3/mp4,CDs,kdg2 lappy.kalau ada spotcheck time tu mesti class kami memberikan hasil lumayan.

uishh rasa macam tak sanggup pulak nak cerita.banyak lagi kot.NAKAL gila kan ! haduii.kalau lah abah dengan mak ktorang tau masa tu, mesti dihadiahi tarbiyah selama 20hari 20malam.sekarang dah nyesal apasal dulu tak belajar betul-betul.sape yang rugi adik-adik ?! mesti laa budak yang nakal tu kan.yang penting sekarang, semua orang belajar dari kesilapan kan.pengalaman mematangkan.ececehhh dalilah saeqah tu memang dah baik ye sekarang ! HAHAHAHA lawak oke.apapun kawan dila memang terHEBAT, terCOOL,terBAIK ! byk lg ter sebenarnya malas dah nak menaip. lepleplep korang !!

p/s sekolang=sekolah dulang ;P

mission completed !!!


21 April 2011

Pedassss gitu !



Fahrur Raqib B. Abdul Majid - RAQIB
Melaka
21 tahun
Pelajar

source: astro.com


waah lama gila wa tak ngarut kat sini.biasalah demam kan.bak kata wa sendiri, "fever loves me"..tapi sape nak ambik peduli kan.haha touching2 lempang kang.hari ni mood wa ala-ala rempit sikit.demam katenyeeww..

sebenarnya wa nak story pasal pedassss ! haa mesti tak tau kan menda lah tu.itu tagline membe wa.AFUNDI RAQIB ! wa ingat wa tak tertengok dah af kali ni tapi membe wa ada wajib r bagi support tak gitu.so sapa-sapa yang follow akademi fantasia sila support membe U-mate wa.u-mate?! bedal, kisah plak wa.Aqeb ni memang famous dah kat MMU sebab setiap kali ada event ka, singing competition ka mesti dia ada.orang besar melaka kot.jangan main..

dia ni memang senyap ja tapi kalau dah kenal tu takla senyap mana.macam kat diari af tu. budak account memang gitu kot..sibuk mengira ! tehee.dia tengah wat Bachelor in Accountancy second year kat MMU tapi satu batch ngan wa la.tapi dia budak foundation wa kure-kure diploma.peliknya ayat wa malam ni.wa pun kurang faham.so kepada semua sila AFUNDI RAQIB yer ! ni link fanpage fb dia.


ehh apasal wa ada gambar dengan si aqeb ni.tengok tahun yer peoples.2009 ! masa ni event dinner hostelier.dia artis undangan wa hanyalah komiti terrsesat.tapi wa ada gambar dengan artis la der ! HAHA macam dengan selebriti lain wa takda.nah interprem sikit,,,

acehh Nubhan kot.HAHA ^_^


cukup lah tu wa perasan sikit, wa tengah demam manjeww lagi neh.membuta itu hobi wa ! wasalam...




08 April 2011

First experience with ktm.



First of all, im so sorry for being very honest here.jangan di saman.ekeke ! on 1st April yang lepas dila dh berlepas ke Cyberjaya.ecehh berlepas tu.tak nak kalah..dan itu merupakan pengalaman pertama bersama ktm atau dalam nama panjangnya Keretapi Tanah Melayu.biasalah jakun sikit tak pernah naik train seumur hidup..tapi mak ada cakap masa kecik-kecik dulu pernah.aah memang ingat sampai sekarang.;p.lrt ke monorail tu cite lain lah kan.

tepat 8.30p.m dah terpacak kat stesen tu sekali pacik officer ktm inform train rosak kat hatyai dan mungkin akan sampai ke situ dalam pukul 12.00a.m waktu Malaysia.memang boleh balik dan berenang-renang atas katil dulu.then tepat kul12.00 masa nak naik tu alamak takutnya.mana nak tahu gerabak mana satu ni.huishh sabo-sabo.tapi alhamdulillah betul ! excited plak kan.

dan disebabkan first time, nk try dulu class economy.okelah not bad tapi rasa macam duduk dekat kawasan setinggan.bukan sebab train tapi penumpang di dalam tu..haduyai.ramai gile "outside" people wahai people-people sekalian.dan dorang ada satu habit, naik train takda tiket dan suka hati melepak baik punyee kat seat orang.*&&*&% ? memang sangat menjengkelkan muka masing-masing.dah la duduk seat orang, buat muka mintak penyepak pulak..ambik perhatian ye pihak KTM ! memanglah korang dapat side money tapi jangan sampai orang kutuk korang punya services..i HEART Malaysia very BIG BIG BIG !

aah itu je nak bebel.panas pulak telinga.MAAF ! ENTRY hati gunung berapi meletus ;)




25 March 2011

Rombongan Kak Limah !


nonton Kak Limah dlm bas ni.HAHA

Iyee tajuk nak famous ! tehee hari ni hari sabtu dah.wahh cepatnya masa berlari marathon meninggalkan kita.sedar tak sedar esok dah boleh pegi bank men'withdraw apa yang sepatutnya.itu bagi penjawat awam jelah kan.swasta diharap bersabar.memang sangat lari tajuk ini celita.

Sebenarnya on 3rd-5th march yang lepas saya ada follow 1 rombongan ke pantai timur semenanjung Malaysia tercinta ni.alaa macam rombongan sekolah tu.ehh memang rombongan sekolah tapi yang lainnya sikit sebab yang join tu bukan students tapi cikgu students.alolo comel kan bila cikgu-cikgu pulak yang ber'rombongan.ini sebenarnya hadiah dari GB untuk para guru sebab sekolah dorang dah mencatatkan keputusan yang cemerlang bagi kategori sekolah luar bandar.11 orang memperoleh 5A ! gempak kot tu sebelum ni setahun nak dapat 4 orang pun susah.tahun dila rasanya 2/3 orang je dulu.memang dh lupa.TAHNIAH kepada semua guru !

HEHE disebabkan banyak kekosongan jadi jangan dilepaskan peluang.sangat jarang ke sana. jadi sangat excited. banyak kot favourite food kat sana. itu motif utama ! owhh patut lah mu pun kurus.ya,iyalah itu pun mau cakap lagi.the truth is i shy-shy cat bila join sebab bayangkan cikgu masa darjah 1 dan darjah 2 dulu still ada.hadui dorang still in the same look ! but dila yang comel ni, memang akan selalu comel dan sedikit berumur.ditekankan sekali lagi, sedikit sahaja berumur -__-'

huh happening jugak bila seisi bas dengan para guru.getus hati kecilku..hehe maaf cikgus !
tp memang sangat enjoy laa.saya sukaaa ! wewiitt stylee gitu.


makan mmg trbaik !

si temban kuat makan ;D

panas ye ma..hehe

cikgus (;

ehh !

;)

kwn comel sy !

masjid China


Alhamdulillah selamat pergi dan selamat pulang :)



15 March 2011

Gigi Besi !


oke sekarang dah boleh kawin.hehe sebab sebelum ni dah janji dengan diri sendiri selagi gigi tak tersusun rapi taknak kawin sampai bila-bila.euwww budak gila lah kau ! ehh memang buruk kot kalau ambik gambar sekali senyum hancuss.taknak laaa..nigtmare !

seperti dijanjikan 13march dorang akan pasang selepas berpuluh kali di postponed.tu semua ape la sangat kan, janji dapat jugak.bongkaknye kau! memang seronok bai..HAHA.lama kot tunggu, ingat senang tambah-tambah lagi bila masuk waiting list goverment klinik.mau tak 3 tahun menunggu dengan hati yang konon macam sabar.ponat den main tipon-tipon dengan macik-macik nurse.makcik kot cuba yang tuff-tuff sikit suara tu tak ke semangat berkobar-kobar.tehee


huishh horror jugak benda ni dlm mulut ceni


before officially dah pakai braces ni, kena cabut 4 batang gigi ! yee 4 bukan 2..masa tu fikir confirm demam la lepas kena cabut tu tapi syukur takda apa.si ash tu gelabah gila baru cabut 1 then "ee mak,abah, adik takmau la buat benda alah ni sakit gilaaaa kot cabut gigi ni !".gila betul.haha dapat free pun takmau kan.dan sekarang dila baru rasa macam takmau buat jugak.hukhuk memang teringin dapat bebel foc.


mine, pink+purple ! tehee


lepas dah pasang tu senang hati kot, waa tak rasa apa pun.best jugak ni.serius tak sakit langsung.dan paling extreme boleh pegi lunch makan nasi macam biasa.tetiba, OMG! one of my bracket braces dah tertanggal ! demmit.habis la.then terus pegi balik dan betulkan.tak habis kat situ ja, balik rumah je apa lagi qada tidur yang pagi tadi tu, bangun, rasa macam apasal ketat semacam ni dan masa nak dinner malam tu lagilah tragic, tiba tercabut 1 pastu yang lain mengikut jejak.esoknya pegi balik doc pun terkejut.HEHE dahsyat tul tak pernah orang tercabut lebih dari 5 bracket dalam 1 masa ! lepas tu terus berikrar supaya tidak akan sesekali careless lagi.sakit waa cakap sama luu..


lepas ni macam nak colourful jek, mesti comel kan.^_^




14 March 2011

Happy Birthday to me ?



Alhamdulillah thankyou Allah...for me, time flies so fast nowdays right.haha.yess im a cute baby march people.;p.21(*20 also can) years ago i was born happily in this wonderful life.in a small family at that time.me say first hello to mum,dad and cool brother on 8march 1990, early in the morning at Jengka10, Pahang.waa manyak tua la lu sikalang...jealous sound ! wink winkk.haha

This year, without any celebration i still touched by the memory of all those.haha for sure BIG thanks to facebook ! the safe reminder for all..for mum and dad, surely i really love both of u ! for your love, sacrifices, responsibility towards me and brothers,your money(hehe), and everything..there is nothing that can be replaced with yours.LOVE LOVE LOVE.see ur daughter now growing ! truthly im still their spoiled little girl.hukhuk crying~

dear brothers, hey hey im the okey-dokey nice sister right !! although, i like sulking-sulking all the time and the most pampered child among us, i hope all of u still love me all the time, oke ?! because who else i want to fight without my brothers kan.HAHA

sweetest families and friends, life will be empty, priceless and meaningless even a second.see the huge power in this happy life.thanks for all the wishes, through face-to-face,phone,messaging,fb-ing,twiitter-ing,myspace-ing,frienster-ing and so on..really appreciate it ! LOVE for all ;)


my dearest family !

bro's family


p/s fun will also be feel by the gifts.;p n yess my language is very horrible.teheee.am i cared right~


Doorgift..


hehe gelak comel dulu eh mula2.;p
eh dh menyampah ke ? haha masalah tul kau dila.

sebenarnya dah lama nak story-story the mory citerrr ni.tapi takpa saya memang baik sebab nak jadi orang last mempublish gambar-gambar ni.muntah please.tehee.malu sebenar..pasal ni ! tadaaaaa...




sebenarnya dah lama mula terjebak dengan benda comel ni.siap dah pernah ambik order untuk wedding kawan mumy comel saya.tapi before ni tak lah banyak sangat dalam 50pcs gitu ja.dan bersempena wedding kak long cousin saya, mak nak lah hadiahkan dorang juga.hehe tiba-tiba mak saudara nak banyak untuk doorgift tetamu dorang.bermula lah kerajinan seorang gades di situ.;p.banyak jugaklah step-step untuk menghasilkan.firstly mestilah perlu dapatkan benda comel tu punya basic materials.lepastu kerja-kerja pertukangan mengambil alih untuk menyukat dan memotong.haha macam memasak pulak ! then melekat/mengattach antara side.bila dah dapat bentuk usaha diteruskan dengan men'syelek.apekah ?! betul kan mensyelek..bedal janji faham kan.haha part paling surrender part ni lah.dan yang last sekali kemasan mencantik.itu dila suka.antara hasil-hasilnya~


buruk jugak ye rupa sebelum.;p

ni haa dh comel ;D







p/s sapa nak kawen boleh bagitau yeer ;[]




01 March 2011

Setelah hampir 3 tahun..


Dah masuk tahun ke-4 pun sebenarnya ni.hmm lama kan.mmg lama tak pergi mana-mana stadium menonton.bukan konsert ya tapi match bola.rindu kot.mana lagi kalau bukan Stadium Darul Aman (SDA).haha sembang macam pernah masuk semua stadium kat Malaysia ni.dan yang paling penting dah pernah jejak pun rumput dekat SDA tu siap guling-guling lagi sebab punyalah jakun kan.itu masa kanak-kanak ajaa.sebab team abah dapat invitation frendly match dengan veteran kedah.cuba sekarang berumur sweet-sweet 20-an gitu tetiba guling-guling atas padang mesti orang ingat kau tak cukup sifat.

Nak cerita sikit, kira tahun 2007/2008 dulu zaman kegemilangan Kedah la di bawah bimbingan azraai khor.banyak menang, liga super la apa la.eh yeke liga super? alamak lupes pulak.ekeke tapi memang time tu sangat hebat la.macam orang tak tahu kan.takpa nak cerita jugak! kalau kau pergi stadium awal-awal dah kena bertolak sebab memang selalu penuh 1 stadium walaupun match-match mingguan biasa.tengok hebat kan time tu.rasanya penyokong Kedah antara supporter yang paling fanatik kat Malaysia ni.Well done ! semangat kan dila, tapi hakikat sebenarnya ic saya -06-.dah takyah cakap.tahu! dila bukan anak jati Kedah.;( uhukk uhukk..

Tiba-tiba jumaat yang indah aritu abah ajak pergi! fuyooo excited oke.macam eh dah salah dengaq ka apa.haha teruih cheq speaking Kedah noo.haqap hampa semua faham.;p.suka wehh tambah-tambah ada la minat dengan hat dok main dengan kedah tu.player kedah la kan.mesti orang pikiaq kalau perempuan tengok bola mesti duk usha tengok pemain jaa.salah tu...minat kena ada jugak baqu lagi semangat nak tengok bertambah.mesti orang kata semua tu alasan.memang pun qamai macam tu tapi cheq dak nohh.haqap maklum.

Danish happy dapat baju Kedah !
(danish nama panggilan kwn2 & d sekolah)

live on Astro Arena 801

guna kamera cikai hp ;D

centa hati

penat jugak sebenarnya fikir macam mana nak tulis loghat kedah ni.hehe yelah-yelah surrender bukan anak jati kedah.tp kita tetap seMalaysia tak gitu.LOL.okelah dari pemerhatian sebenar kat SDA tu, permainan sangatlah di tahap yang rendah sekarang walaupun kebanyakan pemain kira macam 'STAR' lah dalam dunia bola sepak kat Malaysia ni.memang tak pelik kalau kat carta liga super Kedah antara team tercorot.TAHNIAH ! ni lah akibatnya kalau semua pemain dah glemer mengalahkan artis.main pun kau nak cover-cover.fine! cover la kau sampai terkeluar liga yep.sebelum ni memang macam takpa pemain ramai yang injurt lah hapa.then dah sampai pertengahan pun main sama jaa.apadahal ?

aritu kat SDA dalam 8000 orang pergi.ramai kot.sanggup sokong lagi walaupun semua orang tau mendadak gila jatuh.see betapa bagusnya supporter kedah.ini dapat gaji ber K K sebulan main macam tak makan seminggu. ini bukan kritikan untuk menjatuhkan tapi sangatlah membina oke.cukuplah kat sini ja, nanti dapat darah tinggi nok sapa susah.HAHA


lastly, MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA !! ^_^
i love Malaysian football <3>



09 February 2011

cerita seorang gades dan dot dot dot...


salam yuw olls.gedik kan gedik kan please say yes ^_^
sebenar sekarang angin berblogging masyallah malas bebenar.kenapa? sebab rasa sangatlah kekeringan idea mau menulis dan jadual harian yang sentiasa sama dari hari ke hari.tabik hormat kepada blogger yang sangat komited dengan blog masing-masing dengan pelbagai cetusan dan penulisan hebat.saya hanya blogwalking.itu memang rajin !

nak cerita pasal cuti chinese new year haritu.mesti ada tertanya-tanya dila cuti jugak ke ?! shutdup !! of cos laa cuti oke dengan nada yang sangat dibenci.cuti memasak,cuti mengemas.see cuti what.dah jangan ajak gaduh.sentitip tau sekarang.hati saya hati kaca ye makcik pakcik.takda la buat apa pun, cuma adalah pergi shopping tudung dengan ibunda sikit .SALES bebeh!sapa tak nak kan.itupun tahu sebab tengok kat paper.tehee.comel tau siapa yang pernah tengok drama BOF mesti ingat masa JanDi pegi shopping dengan mak dia.macam itu lah.berebut-rebut tak hengat ! tapi dila cool je sebab terjakun sikit masa tu.HAHA.

lepas tu, lepas tu dila join membe lepak kat mall.terasa seperti berumur 16.macam dulu-dulu.wayang,yang penting main game ! HUHU sangatlah best.dila gila game babe..esoknya pula berpicnic nun di Pantai Merdeka.salah sebuah tempat pelancongan di negeri kedah terchinta.dila mabuk laut jadi takda la excited sangat.tapi abah sangatlah suka.kalau boleh setiap bulan mau mandi manda di situ.dila prefer lagi mandi air terjun ke sungai ke..hekhek tapi bila sampai terjun jugak.

pantai merdeka !

then esoknya lagi ke aloq staq.sebab ada barang kena cari.di kesempatan tu bowling tetap tak dilupakan.4game oke.-__-".lepas tu dila pengsan.HAHA.itu saja cerita sambutan perayaan tahun baru cina saya.


so kepada sesiapa yang menyambutnya selamat diucapkan !
Gong Xi Fa Cai~
lambat betul dila wish sebab asyik terperam ajaa entry ni.maaf~;D



29 January 2011

Kadang-kadang


kadang-kadang bila dah bosan otak selalulah fikir macam-macam.kadang-kadang terfikir bila pergi mall bercuci mata hati tertanya-tanya kenapa lah ada fesyen yang pelik, sapalah yang nak beli agaknya kan.skema sungguh ayat saya.hah peduli, jangan persoal itu semua.HAHA.kalau pergi restoran pulak bila tengok listing order waah banyak gila.sapa pulak yang nak makan benda pelik-pelik ni.


pilih-pilih mana kau nak ;p


even kita tengok apa-apa jaa mesti kita ada pilihan sendiri.sebab itulah dunia ni ada kepelbagaian.kalau semua sama mestilah hidup bosan dan kurang bermakna.bayangkan hari-hari makan nasi lauk ikan tak ke muak tu.baju pulak asyik baju kurung .cepat bayangkan.haha



saja buat entry ni sebab bosan melampau.
&
......like i dont have any friends now.and please dont be sorry for me -_____-"



18 January 2011

Finally !


cant wait for a very meaningful gift at this comel age ! teheee <3

coming soon =D



15 January 2011

The Old Dreaming


Helo-helo salam comel semua !
beruntung kan orang yang dah lahir-lahir gigi dah tersusun kemas dan rapi.bukan apa susah tau sejak gigi susu dah bertukar ke gigi kekal, pertumbuhan gigi saya sangat lah tak stabil dan bukan di atas landasan yang betul.since kecik comel lagi dentist dah selalu jadi kawan baik saya.bosan kan.dah la bagi kanak-kanak dentist sangatlah horror bagai mimpi seram di malam hari.trauma oke..

sejarah family tak pernah ada.mungkin ibuk saya amalkan pengambilan kalsium yang lebih dulu-dulu.;p.saya dan adik yang terpilih mungkin.jadi kerana beberapa sebab saya perlu betulkan gigi-gigi saya ni.bila nak makan, bila nak berkamera riang, bila nak tersenyum manja dan banyak lagi mulalah hati berkata behave dalila please be behave.jadi saya perlu..

bila dah berusia belasan mulalah hati berkata, kau perlu mula berubah.hati jahat pula berkata, nanti tak da sapa nak kau, baru tau.hehe jahatnya kau hati.then start dari situ semangat berkobar menuju ke klinik gigi kerajaan untuk mendaftar.mahal kot nak berswasta untuk 2 orang pesakit.masa tu umur dah menginjak ke angka 17.memang dah agak terlambat pun.dan goverment klinic sangat lah lama untuk senarai waiting list dorang.saya pasrah lagi..

masa pulang ke kedah untuk berpraktikal 7bulan yang lalu, oke dorang dah call untuk next appoinment.harapan kembali berapi.sejak tu rawatan berterusan diterima.tapi sangat lah lama.bosan.sekarang pun after 7months tak nampak sebarang perubahan lagi.cuci dah,x-ray dah,acuan dah.pasangnya bila ? persoalan betul.tapi tak mengapa mimpi ni mungkin berakhir tak lama lagi.Insyallah ;)

the behave one


p/s dari kecik lagi kalau rasa gigi tu kurang kemas silalah menabung ye.nescaya mimpi anda tak kan lama.pegi swasta esok dah boleh pakai.bahagianya..kthankbye !



12 January 2011

Si manis Pemalu ? manis ker..


Ingat lagi masa mula-mula buat blog dulu, saya malu tau kalau orang baca blog saya.siap tak nak bagitau siapa-siapa pun pasal ni.hehe biasalah dilahirkan dengan sifat pemalu yang sangat menebal.tengok sekarang pun saya dah malu.-_-" tujuan utama berblog ni konon macam nak ada diari online lah katakan.kata belajar bidang ni tapi tak tahu apa-apa langsung.malu kot.tengok malu lagi.come on dila.

Penulisan saya juga sangatlah teruk seperti kanak-kanak.di akui dalam berpuluh subjek sepanjang zaman persekolahan hanya bahasa melayu PENULISAN tidak pernah dapat A.hebat kan.loser bila bahasa percakapan seharian sendiri pun menggunakan bahasa melayu tapi tidak boleh diaplikasikan apabila menjawab peperiksaan.dan satu perkara lagi yang paling menyayat hati apabila abah saya seorang pendidik majoring in bahasa malaysia or melayu?entah.hehe maaf abah !



Sejarah awal berblogging...ecehh~
Semua ni start time kat mmu dulu sebab selalu baca blog bestie saya cik safia.suka ! dari situ mula timbul niat nak berblog jugak.konon macam nanti umur dah senja boleh review balik lepas tu boleh rasa muda lagi.ishh niat kau.kalau diari biasa boleh hilang lepas tu bila dah rosak ke buruk ke dah tak da selera nak tengok kan.1 march 2009 sebenarnya dah start wujudnya vanillacwet.blogspot ni tapi masa tu macam sibuk sangatlah dan tak sempat nak update selalu.bila dah bertambah tugasan seperti FYP semua lagilah blog ni terabai.

Kebangkitan semangat nak berblog semula ni timbul lepas selalu blog walking blog-blog blogger yang sangat best.ditambah pula dengan kawan baik yang seorang ni, t-j baru mula nak berblog konon macam spirit tu datang sekali lah.lagi pula saya adalah seorang jobless jadi tidak salah untuk membuang masa merepek di sini kan pimples, people maaf.


pergi ke kedai menaiki beca,
untuk membeli manisnya kaya,
kalau suka sila baca,
ini blog saya ! ^_^



10 January 2011

Hari Jadi Abah Saya !


Saya ada seorang abah.abah saya seorang sahaja.saya sangat sayangkan abah saya.abah saya sangat baik.hari-hari dia bagi duit.haha ni mengarut ! abah saya sangat kacak.abah juga tinggi lampai.abah suka main bowling.hari-hari kami main bowling.tipu ;p abah juga suka bola sepak.sejak kecil saya ikut abah saya main bola sepak.nasib baik saya tidak kena sepak.kekeke

8 januari 2011 genap umur abah yang ke 52 tahun.muda lagi tau ! hehe tokwan muda gitew..We love u so much abah ! you are everything.. semoga abah terus diberkati,diredhai,dimurahkan rezeki,memperoleh kesihatan yang baik,di panjangkan umur dan segala jenis kebaikan dalila doakan untuk abah.semoga keluarga kita sentiasa bahagia hendak-Nya.aminn.. <3




09 January 2011

Aku Rindu

Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu...

..8/3/1990-23/1/2010...

"Assalamualaikum cikgu ! " masih terngiang di gegendang telinga kata-kata penyambut kedatangan guru setiap kali sesi pembelajaran baru hendak bermula.ketika itu aku masih di tingkatan tiga, penuntut di sebuah sekolah di tempat aku membesar.ya, aku rindu kenangan itu.aku bukanlah seorang anak gadis yang tergolong dalam golongan cerdik pandai, tetapi pada aku, apa yang kita usahakan pasti akan ada hasilnya.kata-kata itu aku pegang sebagai panduan hidup.

Kelas 3.1 itu aku masuki dengan hati yang gembira dan sedikit gementar apabila memikirkan bagaimana reaksi penerimaan dan pandangan teman-teman sekelasku yang baru.walaupun 3 tahun belajar di sekolah yang sama dan hanya dipisahkan oleh dinding sebagai sempadan antara kelas, aku masih tidak mengenali sesiapa pun antara mereka.aku tahu aku pendiam, sombong dan agak "skema" ketika itu.

Lantas aku bersyukur dengan penerimaan mereka.jiran sebelahku ketika itu beragama Buddha.she is very nice and adorable person.dia juga merupakan teman berlainan bangsa dan agama yang pertama aku yang mula mengenali.the first sight meant everything.aku mula merasai suka duka kehidupan zaman remaja.perkenalan dengan sekumpulan teman juga membuatkan aku mula menjadi diri sendiri.all of you are priceless.di situ juga lah aku mula mengenali Beliau.seorang teman,sahabat,kawan,abang,kembar dan segalanya bagi aku.kami sebenarnya berkongsi tarikh lahir yang sama.dan aku juga tahu beliau mempunyai masalah dengan jantungnya.

Coretan ini tentu akan menerbitkan titisan jernih di kelopak mata teman-teman tersayang.tetapi ingatlah wahai teman, aku pasti ini adalah kenangan manis bagi kita semua.aku masih ingat, kita semua sebenarnya sudah mula berpisah apabila beliau dan beberapa orang teman mengambil keputusan untuk menyambung persekolahan tingkatan empat di sekolah menengah aliran teknik dan vokasional.ketika itu kesunyian sudah mulai menjelma.terasa seperti bermesyuarat tanpa ahli jawatankuasa utama.

Alam maya menjadi penghubung antara kami semua setelah itu.aku gembira kami masih berhubung walaupun jarak yang memisah.persahabatan kami semua terus utuh tanpa ada sebarang masalah.ketika musim cuti sekolah menjelma kami sering kali berkumpul untuk melepaskan rindu.antara acara wajib yang dilakukan adalah memasak bersama-sama.kenangan itu sangat manis.ketika menyambut ulangtahun ke-17 pada 2007, beliau juga telah sepakat untuk mengadakan kejutan sambutan kelahiranku bersama teman yang lain walaupun namanya juga tertera di atas kek keraian.

Aku sangat bersyukur dianugerahi teman-teman sebegitu ya Allah.pemudahkanlah kehidupan mereka di mana saja berada.aminn...aku juga pernah dihadiahkan sehelai baju oleh beliau sebagai hadiah menyambut hari kelahiran.hadiah yang paling bermakna dan tidak akan dilupakan seumur hidup.hari berganti hari, tahun bertukar tahun kini sekali lagi kami semua mula terpisah apabila zaman persekolah mula menutup tirai dengan pelbagai pilihan institusi pembelajaran yang disediakan untuk mengejar cita masing-masing.ada yang mengambil keputusan memilih untuk menyambung pelajaran ke tingkatan enam, ke politeknik dan ke universiti tempatan.

Hakikat yang makin pahit untuk ditelan telah mula menjelma apabila aku mengetahui penyakit beliau semakin aktif berpeleseran di serata tubuh.aku juga telah berjanji untuk menemani beliau apabila beliau menjalani pembedahan kelak di sebuah hospital di Selangor pada Februari 2010.perjumpaan pertama kami semua setelah perkabaran di terima adalah di Hospital Besar Sultanah Bahiyah, Alor Setar.jelas tergambar di wajahnya derita yang tertanggung.rupa yang aku kenali selama ini sebenarnya telah hilang.masing-masing aku yakini merasai perasan yang sama.seminggu selepas itu beliau disahkan lebih sihat dan dibenarkan pulang ke rumah.aku lega.

Disangka panas hingga ke petang rupanya hujan tetap muncul tidak lama selepas itu perkabaran diterima, beliau telah dimasukkan semula ke hospital, Hospital Yan.ya, itulah tempat terakhir aku berjumpa dengan beliau.desakan waktu akibat aku harus pulang ke melaka memisahkan kami.itulah juga kali terakhir aku bercakap,tertawa,menolong beliau dengan membasahkan tuala untuk mengelap tubuh badannya bagi memastikan kulitnya tidak kering.petang itu juga aku mengatakan kepadanya, "tunggu tau nanti kita jumpa kat Selangor kejap ja lagi tahan jangan sakit", beliau tidak membalas.lambaian kami disaksikan seluruh warga hospital.mungkin itu adalah petunjuk.tetapi aku masih hanyut dengan harapan dan tidak memikirkan hal yang sebegitu.dan akhirnya hakikat itu menjelma.aku pasrah....


Doa mengiringi pemergianmu teman.semoga kau bahagia di sana.amin..Al-Fatihah ~



07 January 2011

Dila berholiday !


Resume

nama : Dalila Halim
umur : 20 tahun oke !
alamat : Yan, Kedah
pekerjaan sekarang : tukang masak,tukang cuci dan tukang kemas @ bibik glemer -__-"
pendapatan sekarang: cukuplah beli baju 2helai sebulan
hobi : tidur, makan, shopping
cita-cita : isteri solehah yaww..

ini resume ke biodata ?! rosak kan klu resume macam tu awal-awal lagi dah kena reject.ahaha.perhatian kepada semua jika perlukan pekerja yang sangat berkebolehan dan berdedikasi di bahagian IT boleh menghubungi saya.saya sedia berkhidmat.ecehh.bajet.menarik kan pekerjaan saya sekarang.bukan senang tau family nak lepas keluar cari kerja ni.kata anak manja.oke perasan lagi.

berhubung dengan perkara di atas, tu lagi satu hal ingat senang nak mintak izin pergi stay dengan kawan selama seminggu.pelbagai teknik digunakan.alhamdulillah akhirnya dengan tekad dan azam saya berjaya menempuhnya.haha..emak dan abah bukanlah seperti ibubapa moden lain.mereka sangat menitikkan soal keselamatan anak-anak.ya,saya bahagia begitu.terima kasih teramat.love both of you !

selepas selesai majlis pertunangan ateh di pahang, cyber dituju bersama m.ngah.owhh terasa sangat teruja oke dapat bertemu bestie tersayang selepas lama terpisah.ecehh sedih betul.haha.dorang dah continue degree tinggal dila je yang still bulanbintang tak habes lagi.bila bertemu apa lagi ronggeng sakan lah macam dekat melaka dulu.opss dulu ronggeng kah ? tapi sian dorang waktu dila berholiday tu dorang plak berexam.maaf ganggu ! -_-'.malam new year ke KL follow cekgu ke dinner opis dia.gila sempoi takdak kena mengena langsung kan.ehe makan free tape ! then dapat tengok bunga api nice view oke through umah cekgu di tingkat10.sangat lah di awangan.



masa muda dulo2 selalu pic camni ;D


hot kan sygs saya sekarang <3


dinner free ! dinner free ! ;p


bowling with emy n cekgu syg !


GF i ;p


thanks sayang-sayang dila, lain kali jumpa lagi !



p/s sila datang ke KEDAH pulak yer ^_^