12 January 2011

Si manis Pemalu ? manis ker..


Ingat lagi masa mula-mula buat blog dulu, saya malu tau kalau orang baca blog saya.siap tak nak bagitau siapa-siapa pun pasal ni.hehe biasalah dilahirkan dengan sifat pemalu yang sangat menebal.tengok sekarang pun saya dah malu.-_-" tujuan utama berblog ni konon macam nak ada diari online lah katakan.kata belajar bidang ni tapi tak tahu apa-apa langsung.malu kot.tengok malu lagi.come on dila.

Penulisan saya juga sangatlah teruk seperti kanak-kanak.di akui dalam berpuluh subjek sepanjang zaman persekolahan hanya bahasa melayu PENULISAN tidak pernah dapat A.hebat kan.loser bila bahasa percakapan seharian sendiri pun menggunakan bahasa melayu tapi tidak boleh diaplikasikan apabila menjawab peperiksaan.dan satu perkara lagi yang paling menyayat hati apabila abah saya seorang pendidik majoring in bahasa malaysia or melayu?entah.hehe maaf abah !



Sejarah awal berblogging...ecehh~
Semua ni start time kat mmu dulu sebab selalu baca blog bestie saya cik safia.suka ! dari situ mula timbul niat nak berblog jugak.konon macam nanti umur dah senja boleh review balik lepas tu boleh rasa muda lagi.ishh niat kau.kalau diari biasa boleh hilang lepas tu bila dah rosak ke buruk ke dah tak da selera nak tengok kan.1 march 2009 sebenarnya dah start wujudnya vanillacwet.blogspot ni tapi masa tu macam sibuk sangatlah dan tak sempat nak update selalu.bila dah bertambah tugasan seperti FYP semua lagilah blog ni terabai.

Kebangkitan semangat nak berblog semula ni timbul lepas selalu blog walking blog-blog blogger yang sangat best.ditambah pula dengan kawan baik yang seorang ni, t-j baru mula nak berblog konon macam spirit tu datang sekali lah.lagi pula saya adalah seorang jobless jadi tidak salah untuk membuang masa merepek di sini kan pimples, people maaf.


pergi ke kedai menaiki beca,
untuk membeli manisnya kaya,
kalau suka sila baca,
ini blog saya ! ^_^



No comments:

Post a Comment