09 January 2011

Aku Rindu

Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu...

..8/3/1990-23/1/2010...

"Assalamualaikum cikgu ! " masih terngiang di gegendang telinga kata-kata penyambut kedatangan guru setiap kali sesi pembelajaran baru hendak bermula.ketika itu aku masih di tingkatan tiga, penuntut di sebuah sekolah di tempat aku membesar.ya, aku rindu kenangan itu.aku bukanlah seorang anak gadis yang tergolong dalam golongan cerdik pandai, tetapi pada aku, apa yang kita usahakan pasti akan ada hasilnya.kata-kata itu aku pegang sebagai panduan hidup.

Kelas 3.1 itu aku masuki dengan hati yang gembira dan sedikit gementar apabila memikirkan bagaimana reaksi penerimaan dan pandangan teman-teman sekelasku yang baru.walaupun 3 tahun belajar di sekolah yang sama dan hanya dipisahkan oleh dinding sebagai sempadan antara kelas, aku masih tidak mengenali sesiapa pun antara mereka.aku tahu aku pendiam, sombong dan agak "skema" ketika itu.

Lantas aku bersyukur dengan penerimaan mereka.jiran sebelahku ketika itu beragama Buddha.she is very nice and adorable person.dia juga merupakan teman berlainan bangsa dan agama yang pertama aku yang mula mengenali.the first sight meant everything.aku mula merasai suka duka kehidupan zaman remaja.perkenalan dengan sekumpulan teman juga membuatkan aku mula menjadi diri sendiri.all of you are priceless.di situ juga lah aku mula mengenali Beliau.seorang teman,sahabat,kawan,abang,kembar dan segalanya bagi aku.kami sebenarnya berkongsi tarikh lahir yang sama.dan aku juga tahu beliau mempunyai masalah dengan jantungnya.

Coretan ini tentu akan menerbitkan titisan jernih di kelopak mata teman-teman tersayang.tetapi ingatlah wahai teman, aku pasti ini adalah kenangan manis bagi kita semua.aku masih ingat, kita semua sebenarnya sudah mula berpisah apabila beliau dan beberapa orang teman mengambil keputusan untuk menyambung persekolahan tingkatan empat di sekolah menengah aliran teknik dan vokasional.ketika itu kesunyian sudah mulai menjelma.terasa seperti bermesyuarat tanpa ahli jawatankuasa utama.

Alam maya menjadi penghubung antara kami semua setelah itu.aku gembira kami masih berhubung walaupun jarak yang memisah.persahabatan kami semua terus utuh tanpa ada sebarang masalah.ketika musim cuti sekolah menjelma kami sering kali berkumpul untuk melepaskan rindu.antara acara wajib yang dilakukan adalah memasak bersama-sama.kenangan itu sangat manis.ketika menyambut ulangtahun ke-17 pada 2007, beliau juga telah sepakat untuk mengadakan kejutan sambutan kelahiranku bersama teman yang lain walaupun namanya juga tertera di atas kek keraian.

Aku sangat bersyukur dianugerahi teman-teman sebegitu ya Allah.pemudahkanlah kehidupan mereka di mana saja berada.aminn...aku juga pernah dihadiahkan sehelai baju oleh beliau sebagai hadiah menyambut hari kelahiran.hadiah yang paling bermakna dan tidak akan dilupakan seumur hidup.hari berganti hari, tahun bertukar tahun kini sekali lagi kami semua mula terpisah apabila zaman persekolah mula menutup tirai dengan pelbagai pilihan institusi pembelajaran yang disediakan untuk mengejar cita masing-masing.ada yang mengambil keputusan memilih untuk menyambung pelajaran ke tingkatan enam, ke politeknik dan ke universiti tempatan.

Hakikat yang makin pahit untuk ditelan telah mula menjelma apabila aku mengetahui penyakit beliau semakin aktif berpeleseran di serata tubuh.aku juga telah berjanji untuk menemani beliau apabila beliau menjalani pembedahan kelak di sebuah hospital di Selangor pada Februari 2010.perjumpaan pertama kami semua setelah perkabaran di terima adalah di Hospital Besar Sultanah Bahiyah, Alor Setar.jelas tergambar di wajahnya derita yang tertanggung.rupa yang aku kenali selama ini sebenarnya telah hilang.masing-masing aku yakini merasai perasan yang sama.seminggu selepas itu beliau disahkan lebih sihat dan dibenarkan pulang ke rumah.aku lega.

Disangka panas hingga ke petang rupanya hujan tetap muncul tidak lama selepas itu perkabaran diterima, beliau telah dimasukkan semula ke hospital, Hospital Yan.ya, itulah tempat terakhir aku berjumpa dengan beliau.desakan waktu akibat aku harus pulang ke melaka memisahkan kami.itulah juga kali terakhir aku bercakap,tertawa,menolong beliau dengan membasahkan tuala untuk mengelap tubuh badannya bagi memastikan kulitnya tidak kering.petang itu juga aku mengatakan kepadanya, "tunggu tau nanti kita jumpa kat Selangor kejap ja lagi tahan jangan sakit", beliau tidak membalas.lambaian kami disaksikan seluruh warga hospital.mungkin itu adalah petunjuk.tetapi aku masih hanyut dengan harapan dan tidak memikirkan hal yang sebegitu.dan akhirnya hakikat itu menjelma.aku pasrah....


Doa mengiringi pemergianmu teman.semoga kau bahagia di sana.amin..Al-Fatihah ~



2 comments:

  1. nothing 2 say...but i'm really miss him...
    j last time jmpa ptg sblm dia p utk selamanya...
    seriuz...time tuuurasa cam x mau je biaq dia dok lam wad tu sorang2...

    ReplyDelete
  2. hmm masing2 ada kenangan sendiri.
    wlupn antra kita semua dila pling last kenal tp kawan ngn korang semua rasa macam dh lama.terima kasih <3

    ReplyDelete